Suatu malam, bertarikh 19 Oktober 2010, aku tengah on the phone dengan encik boifren kat dalam bilik aku yang boleh dipanggil stor simpanan baju. Time tu aku memang yakin betul dengan pilihan aku, iaitu aku berseorangan kat rumah.Sebab aku memang selalu balik kerja paling awal. Sampai ke malam aku yakin sangat-sangat aku berseorangan.
Selepas berjaya melompat tali skipping tanpa tali skipping, maksudnya aku bayangkan ade tali skipping dan aku lompat sebanyak 100 kali, aku pun borak ngan encik boifren kat tepon. Punya syok borak, pumpang pumpang, gelak tawa riang ria, sekali aku terdengar, pintu toilet kat bilik aku ni ditekan kunci tombolnya, tanda ada orang sedang berada dalam toilet. Pengetahuan tambahan, toilet bilik aku attached dengan bilik sebelah. Aku budget cool, teruskan perbualan. Lepas je habis borak, seram sejuk tetiba.....je datang. Selalunya kalau housemate aku balik, of coz la aku dengar dia bukak grill ngan pintu. Aku cuba lelapkan mata aku jugak, dalam ketakutan suam suam kuku, sebab melihat pada time da pukul 11 lebih.., aku ni masuk keja pukul 6.30 pagi. Lambat tido, memang selamat la.
Alih alih, kol 8 malam tadi aku keluar ngan housemate sebelah bilik, aku cerita dengan semangat, at last dia jawab, AKULAH TU. AKU DA BALIK LAMA DAH...HANG TIDOQ PETANG TU!
WATDEHEL?
Wednesday, October 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment