Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Iron Maiden. Show all posts
Showing posts with label Iron Maiden. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

BALI sebelum kawen

Akhirnya, penantian untuk aku pergi bercuti kat Bali cume 2 days away.. Bersama Boifren, Gary, Ika, Moon, Hana and Pijoy, Jumaat ni bakal berangkat ke Denpasar.. Sumpah EKSAITED! Tak kuasa da aku menghadap kerja kerja kat opis ni hah.. Of course sebab da lame gile tak vacation luar dari Malaysia..sebab tu aku getik semacam skarang. Hehehehe...
And yet, memang da lame aku teringin, mengidam, takut kempunan bagai untuk menjejakkan kaki ke pasir pantai Bali tu. Baru skarang tercapai hasrat aku. Harap-harap semuanye berjalan dengan LANCAR seperti yang dirancang.
Perkara yang paling GUMBIRA adelah si hippopotamus tu tak ikut, padan muke.Berjaya jugak digulingkan orang yang tak ikhlas dan jujur tu. Puas hati I noks...hehehe..Oh, dan juga ini!!!!!


KONSER IRON MAIDEN LIVE IN BALI, YAY!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 30, 2010

20 February 2011

Advance 2 bulannye entry, boleh?Hehehehe...
First of all, walau takde kena mengena ngan tarikh 20 Feb 11 ni, aku nak ucap Tahniah kat team Bola Sepak Malaysia, walaupun malam tadi agak bertemakan bola sepak pantai cara derang bermain, umpama INA vs Si Keeper Malaysia je - yang tiba-tiba jadik Hotstuff (sorry Fahrin, saham jatuh sikit). Pun gitu, Malaysia tetap menang bergaya dan berKAYA.
OK, back to main topic. Tak tahu sama ada tak sabar atau berdebar debar jantung berdegup laju gile untuk sampai ke tarikh ni. Chup! bukan tarikh nak kawen. Tapi tarikh nak menyaksikan KONSER IRON MAIDEN di Bali. Auwwwwww!!!! Kecur air liur aku. Ini peluang seumur hidup selain dari impian menyaksikan Radiohead dan Coldplay mahupun The Killers yang sudah berpecah. Kebetulan tarikh tu memang aku ade kat Bali. Nasib baik harga jauh murah dari Singapore, kalau tak, mau aku ngan Encik Boifren redah je pergi kat garuda Wisnu Kencana tu, "dapat dengar sound dia pun jadiklah" - katenye Encik Boifren.
Apepun, harap harap semuanye berjalan seperti yang diharapkan. Dan sangat berharap ade Official Merchandise Iron Maiden yang boleh aku sebat dalam 1-2 untuk buat kenangan selain dari Tiket Konser yang akan aku frame wat kenangan. GILE OVER KAN?

UP THE IRONS!