Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 02, 2010

entri yang bosan dibaca

Musim hujan tiap hari memang buat aktiviti work-out aku tergendala. (Alasankah?) Tapi, hakikatnya, memang tiap petang hujan okeh! Sejak mengontrol pemakanan secara kurang serius lebih kurang dua bulan lepas, aku telah considered as berjaya (hehe) turun 4KG, eksaited gile tengok mesin penimbang dalam bilik. Misi masih diteruskan, sebab matlamat nak turun sampak 45KG masih jauh dari kenyataan..Haish... ade 6KG lagi untuk di NYAH KAU DARI SINI! Harus usaha dong..
Bila dalam proses kuruskan badan dan mantapkan metabolisme, ramai yang akan fikir aku nak kawen. (KLISE~)... Memang kene kurus ke bila nak kawen? Sebetulnya, tarikh sah ijab dan kabul tu memang da ditetapkan, for time being..Tapi kalau nak kurus sebab nak kawen tu, alamatnye menjelang tarikh tu, aku da transform jadi tosay ar..Gile cekeding! Lame lagi kot nak kawennya. Jadik, aku nak kurus bukan sebab nak kawen. Sebab terlalu ramai cakap aku da gemok. Perghhh benci gile perkataan GEMOK tu. (no offence kepada yang berisi).
And of course, bila hujung tahun, memang susah bebeno la nak realisasikan idea diet maut aku sebab banyak sangat Walimatulurus. Mau tak terjojol bijik mata tengok nasik minyak dengan ayam goreng, rendang daging, dalca bagai. GILE!! Almost tiap minggu ada wedding. Alkisah sekarang orang katering makin pandai masak. Lagi ar aku tak dapat nak menahan nafsu perot aku ni. So, 4KG tu dok tang situ jugaklah dari beberapa minggu lepas. Takde sebarang penurunan setakat ni,demm!!! Untuk sedapkan hati, selalu ingatkan pada diri sendiri ‘BIAR TAK TURUN, JANGAN NAIK’. Ye la tu EQA... Walau bagaimanapun, mesti terus berusaha untuk capai berat yang diingini, bukan berat ideal.
Cerita lain, Encik Boifren bakal bekerja semula kat KL. (LOMPAT BINTANG!!!) Harus eksaited okeh.. I just hate distance relationship. Memang banyak bebeno yang tak lengkap, banyak bebeno yang boleh mengundang kontroversi bila tak dapat konfrontasi. Cepat balik KL tau... Boleh jumpa selalu macam sebelum sebelum ni.. Walaupun KL ngan Behrang tu taklah jauh mana, still, aku tak dapat adapt.
Dan aku sudah TIGA hari demam secara tak berapa nak serius sangat, dan perot meragam selama seminggu lebih. Rimas gile. Pergi Klinik Mediviron depan rumah sewa ni, doktor yang baik hati berkata, maybe sebab akunye diet yang agak melampau. MELAMPAU!!??? Yeke melampau? So aku dinasihatkan untuk tak makan sembarangan, makan yang tak pedas, berminyak, yang dimasak secukupnya. Hehehe, sejak operasi diet ni memang aku banyak makan sayur mentah, sebab banyak makan sandwich je. Macamanepun, ubat tetap makan, diet still diet. Takkan terjejas.. =)

No comments: