Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 09, 2010

Hujan (bukan artis 'Indie' katenye)

MUSIM HUJAN lebat siang malam, pagi petang. Semua orang tau. Banjir di Kuala Lumpur pun rasanye, hampir semua orang KL tau. Tak payah pegi Pantai Timur untuk menikmati musim banjir, sekarang KL pun ada musim banjir OK.. Jadi, orang 'Key Ell' tak payah la nak eksyen bandar sangat, same je situationnye. Merasa la korang banjir.
Musim hujan memang sinonim dengan musim demam (selain dari musim mengawan bak kate Encik Boifren yang sedikit pervy), dan akulah salah sorang mangsa demam dah seminggu lebih, ON dan OFF mode.
Memula terdemam, memang tak tau pun. Rasa seram sejuk malas nak mandi pagi tu memang la ada.., tapi tak tau la pulak timetu memang da demam. Bila dah ramai bebenor yang kelihatan tak sehat kat office, aku pun mula sedar yang 'MUNGKIN INI DEMAM'. Bila demam, inilah masa untuk MC, yeahoooo!!!! Jadi, minggu lepas saje, 2 hari aku MC. Tapi demam tak kebah-kebah jugak.. Doktor kat Klinik Mediviron tu kata kalau tak OK jugak, datang balik, untuk check denggi. Kenapa tak buat skaligus je time tu? Tapi, aku memang more than sure yang ini bukan denggi, walaupun aku tak pernah diserang wabak nyamuk tu. Harap-harap takkan kena.
Melangkah je Jumaat, mula rase kemahen lagi peningnye, loya bagai. Seksa gile rase duduk kat office mengadap PC bila dalam situation 'morning sickness'. Atas arahan MEM BESAR supaya pergi Klinik Kerajaan (Klinik Kesihatan Putrajaya) sebab aku ni takkan lut dengan ubat klinik swasta (SO GOMEN-MINDED) katenye, aku pun terus shoot ke Putrajaya dari Jalan P Ramlee. Perjalanan yang sumpah menyeksakan, dalam keadaan nausea.
Selamat sampai ke Putrajaya, memang layanan staf lelaki kat pesakit perempuan sedikit comel macam aku ni agak istimewa. Tak payah amek nombor terus dirawat. Terima kaseh daun keladi. Kena amek darah bagai, dan takde denggi (kan da kate takde). Pung pang pung pang memang susah sikit nak faham ape yang Medical Officer tu cakap sebab dia pakai mask H1N1, pastu muka mengadap PC. Ko cakap ngan PC ke ngan aku, hello!!! Check blood pressure, barulah tau kenape aku mengalami sickness kalah orang pregnant 2 bulan gayanye. Rerupanya, blood pressure aku menurun sikit. Hipotensi la kirenye tu.. 94 over 73. Kali kedua aku kena low-blood pressure.
Agak pelik, aku ni selalu diklasifikasikan PANAS BARAN, KUAT MARAH, KUAT MENCARUT dan KUAT MEMAKI HAMUN, patutnya darah naik la kan? (yeke)
Tapi kenapa jadik darah rendah lak..

OLEH YANG DEMIKIAN, AKTIVITI MENURUNKAN BERAT BADAN AKU TERGENDALA SEBAB PERLU MAKAN VITAMIN C. VITAMIN C BUAT AKU SENTIASA LAPAR DAN TAK TERKAWAL SIKIT PEMAKANAN AKU, GODDEMMIT!!! INI BUKAN ALASAN, INI BETUL-BETUL!!

No comments: