Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

2 - 1

TERIMA KASIH NETHERLANDS!!!
Hey yo hey yo The DUTCH!!!!

MGS a rise and sing...~




REUNION GENG ANGEL POGO MGSKL (Sr. Methodist Girls' School, KL) - sekolah yang dekat dengan Masjid Negara tu...

Lokasi : Little Penang Cafe, KLCC (setelah tidak berjaya makan kat Chilis sebab sangatlah penuhnye..)

Masa & hari ape : 8.00PM - 10PM - Jumaat (25 Jun 2010)

Ucapan aku : Seronok tahap tiada malu lagi bila jumpa diorang ni. Sejak amek result SPM 2001, tersangatlah susah nak berkumpul. Ni lah julung kalinya dapat kumpul.. Thanks sangat-sangat. Aku gelak sampai nak pitam ok. Dahlah beratur pegi toilet punyelah lame. Ni semua korang nye hal ar ni bagi aku gelak. Diba Shami, Daya, Maley, Aya ngan Farahrina - KORANG MELUCAH TAHAP HARAM KEJADAH! Makin menjadi-jadi. Jumpa nanti kat wedding Diba ok!! 17 July 2010 kat Tasik Permaisuri. Memang jadik permaisuri betul si Diba, venue pun nak ade PERMAISURI.

Friday, June 25, 2010

Kitorang masuk TV


nota kaki: Amacam?

Toy Story 3 (3D) bapak bestnye


Muvi ni memang best. Tersangat suka. Jauh lebih bagus dari Lagenda Budak Setan korang tu. Pergilah menonton ini muvi. Sebab aku pun tengah nak tengok kali kedua. Best tahap celaka.

Tuesday, June 22, 2010

Nuraka apakah ini?

Sampai pagi ni masih wondering, ape yang bebudak Portugal ni makan? Sampai 7 diorang pulun. Cam harem. Team Komunis dapat ape? TELOQ?


nota kaki : LiƩdson kata - Aku Cinta Padamu

Friday, June 18, 2010

MENJEJAK GORENG PISANG

Last weekend, pegi jumpa Encik Boifren kat rumah makcik beliau kat Cheras jugak. Aku taip JUGAK, sebab aku pun dok kat Cheras jugak. Amek dia, pergi makan kat Hajris Bistro, borak borak dan borak pastu untuk julung kalinya aku masuk mini market HERO. Sebab ada pesanan penaja, kirim Sabun Breeze.

Gefren : Mak nak Breeze kaler ape? merah ke pepel?
Boifren : BIRU!
Gefren : Mana ada biru. merah ngan pepel je.
Boifren : Ha, pepel.
Gefren : (BIRU ngan PEPEL samekah?)

Aku turutkan je, amek la Cecair Breeze kaler Pepel. Pastu, pergi Shell sebab nak pam tayar kereta. Harap maklum, aku tak pernah berjaya pam angin masuk dalam tayar kereta aku yang ni. Kereta yang sebelum ni leh lak aku buat dengan jayanye. Agak pelik. Habis pam tayar, hari dah petang, al kisahnya memang la aku kena singgah rumah makcik beliau. Tak syok la pulak kalau tak singgah, walaupun merangkak aku naik tangga sampai tingkat atas sekali. Dalam perjalanan yang tak berapa jauh...aku suggest beli lah kuih ke hape ke. GORENG PISANG! paling mudah, as far as I'm concerned la kan.
Pencarian GORENG PISANG pun bermula. Aku sampai sekarang kompius, goreng pisang atau pisang goreng? Bermula dari kawasan yang paling dipercayai ada jual goreng pisang - Taman Tenaga. Pencarian hampa.Pisang mentah banyak ar jual. Uncle jual cendol pun tadak. Kalau tak, leh ganti ngan cendol. Pastu ada nampak satu, jual kat dengan masjid. Tapi kurang lak konfiden nak beli pasal yang jualnye bebudak je. Carik punya la carik, sampai patah balik ke area Permaisuri still tak jumpa. Apa jadah jual jagung rebus sampai 2-3 gerai? Itulah julung kalinya kitorang berdua merasakan semua penjual goreng pisang benci kitorang.
So, last resort, Encik Boifren suggest patah balik kat budak-budak depan masjid.

Gefren : Skali kite pegi, bebudak tu dah bungkus nak balik.
Boifren : Kalau betul, I ketawa kuat-kuat sambil pakai gincu!

SAMPAI SUDAH!!! PAling show - memang bebudak tu dah bungkus dah gerai diorang. Apelagi! Nak released tensi maksimum, kitorang berdua nyanyi lagu GORENG PISANG, GORENG PISANG, GORENG PISANG SEKARANG...PISANG APE, PISANG APE, PISANG APE SEKARANG... (kalau tak pernah main game ni, memang zaman kanak-kanak korang dilabel GAGAL).
Nampak gerai jual apam balik sama kepok leko. Jadiklah dari takde langsung kan. Turun dari kereta je, tanya brader tu apam balik ni camane kire? Jawapan brader tu memang wat aku hangen. "APAM BALIK TAKDE LA DIK, TEPUNG DA HABIS". At last kitorang beli kepok leko je, beli sampai 6 hengget.Hamek!
Dah habis melapuk kat rumah makcik si Encik Boifren, masa aku nak balik rumah, aku nampak ada orang jual goreng pisang, kat depan sekolah. Boleh tak aku nak meraung sekuat hati kat situ? AKU BENCI GORENG PISANG! Dan kepok leko liat tu settled jugak.

Aku berat katanye


Rupabentuk aku kurang berjaya. Efek lepas naik Corkscrew.
MACAM HARAM!

wiken! wiken!

Hujung minggu datang lagi.. OMBAK~~~
Dan seperti kebiasaan bila hujung minggu, jemputan makan free. Murah rezeki korang sebab belanja aku makan nasik minyak free, Amin...
Hari ni (Jumaat), aku feeling Holland ke office. Dengan perasaan hampa sebab Korea Republic tewas di kaki Argentina (2-3). Yap, Korea 2, Argentina 3, tapi Korea pergi sedekah amal jariah satu gol kat Argentina, so jadik 1-4. Lelama aku tengok Maradona, dah macam ketua mafia Cikanos lak, versi hobbit la kot.
Petang ni, ada Aney Ensem nak turun KL, dari Behrang with Love. Oh, aku teringin pau Yik Mun perisa kaya. Superblicious!!! Dan aku dah jumpa website (sila klik--->) YIK MUN THE FAMOUS TG. MALIM PAU.
Antara beritera lain, aku telah berazam nak buat sit up tiap hari. Untuk permulaan, aku berjaya buat 5kali semalam. Menjelang hujung tahun, aku dah boleh buat 400 kali, dan mungkin akan menjadi Britney Spears.

Thursday, June 17, 2010

sPAIN vs Swiss

SPAIN in PAIN! Torres nya rambut dah macam CR la pulak. Aku tengok half-time je sebab dah syok layan ubat demam, selemo ngan batuk. Tapi, ada jugak mamun-mamun dengar commentator tu jerit TORRES..TORRES....!!! Jadi aku andaikan SPain la menang kan? Tak disangka-sangka...hehehehe~ Spain dapat TELOQ la pulak.

nota kaki: dok tunggu budak opis si Esther masuk kol 8 nanti. Aritu dia pakai tshirt Italia tapi mengaku sokong Espana.

Tuesday, June 15, 2010

Gula oh gula

Nak beli gula pun payah da skarang ni. Macamana aku nak minum nescafe tak letak gula?
...bersambung lain entri...

musim demam ke hape ni?

Yap, aku tau Demam FIFA World Cup 2010 sedang menggelegak. (YAY! HOLLAND MENANG SEMALAM...) Tapi demam aku ni lagi tunggu masa mau meletus. Da berapa minggu asyik tak sihat (kadang-kadang aku jugak buat-buat tak sihat, hehe). Baru je tiga minggu lepas pergi Klinik Kesihatan Putrajaya yang hanya berkos RM1 sebab demam seminggu. Aku kena pakai mask la pulak kan, terima kasih akak Hospital Assistant yang bagi mask dan aku dapat duduk dengan selesa sebab kiri kanan orang takut-takut nak rapat. Hey, tipical government-minded! Putrajaya, perlu dijelaskan? Disuspek denggi dan kena satu jarum untuk amek darah. Nak amek darah pun almost 2 jam, HELLO!!! Terpaksa berada dalam kelompok 'IN THE BOX' menunggu giliran. Maksud aku disini, 'IN THE BOX' yang akan terlambat perasan nombor diorang sudah dipanggil masuk (melambatkan orang lain), yang akan sibuk tunjuk HP ada wi-fi (ye, klinik kesihatan itu ada free wi-fi tahap no connection), dan paling gagal ialah - RINGTONE LAGU WALIBAND! Sila klik di SINI untuk tahu lagu apa kalau kurang tahu. Nasib takde H1N1 ke, denggi ke, maknanya demam biasa-biasa je la tu. Tup-tup minggu ni demam balik. Satu perkataan saja yang dapat describe, RIMAS! Kali ni kombo dengan selemo ngan batuk. Watdefak! Dan selalunya MC yang dapat dari klinik government ni memang la tersangat laku di pejabat-pejabat anda. Sebab nak dapatkan MC dari klinik government memang susah, unless kalau korang memang beria sakit.
Tapi kali ni aku tak nak MC.. Aku mula rasa ade pihak yang pk aku sengaja MC, beli MC mahupun malas nak datang keje dan MC. Dalam keterpaksaan kena jugak pergi office, buat-buat penting. Kat office nyatanya bukan aku sorang je yang tak sihat, ade lagi 3-4 orang. Marilah kita menjangkitkan virus sesama sendiri. Macamane nak sihat kalau ada je penyambung warisan? Kalau aku MC nanti kata aku beli MC lak. Ingat gaji aku tu untuk beli MC? Aircond yang sejuk kat office ni pun dah buat aku fikir, PERLU BELI WINTER JACKET!

Terima kasih daun keladi..

Monday, June 14, 2010

Ini memang ultimate-peribadi

Can I write a letter to God, please send me an angel to say, "HOLD ON, HOLD ON"? I wish I could..Yes, how I wish. I just need somebody to lift me up cause I've fallen and it hurts. Kinda cold and dark deep within my heart and it feels so empty even when I'm surrounded by so many people. Should I, or shouldn't I is so hard to decide. Which one is the right one to choose.
But, when the time has come, I know I have to be wise, or act like one, and make my own decision. To be or not to be, it's all comes back to me, yeap, MYSELF. HARD,HARD,HARD. The only person who knows me well is none other than myself, I think. But still, I want to say a prayer.."SO HELP ME GOD..." I can't take another heartache, I can't cry another tear.
Dear..., I need you now.. (I know it's impossible..) But, can you? Sigh~
It feels like a disaster, and feels like can't hold it anymore..and for all of these hurtings, I only have one thing to say... - WHY oh WHY?

Regina Spektor



Regina Spektor - Aku mula menyukai MUZIK dia sekarang. Kedengaran indah dan ada nilai kreativiti.. Tiada kena-mengena dengan keYAHUDIan beliau..Dan yang aku kagum pasal dia ni,ialah background family dia.Damn, music and artistry..
APAK, OMAK, ABANG, ATOK, LAKI, ish semua la ada music background.. Salute~

Friday, June 11, 2010

GILE-GELI dibuatnya

Malam Sabtu yang membosankan aku ni secara tak sengaja buat aku ingat sesuatu yang agak meloyakan secara peribadi. Kes OBSESI yang entah kali keberapa pernah aku terpaksa lalui memang menjengkelkan ok. Bukan bajet best mahupun rasa gorgeous, tapi ini berdasarkan pengalaman kategori PAHIT. Rasanya memang ramai yang pernah atau sedang mengalami isu merimaskan ni. Aku sendiri tak boleh nak terima. Memang mual. Antara suka dan obses memang berbeza, depends kepada individu. Dan bagi aku, kalau dah sampai tahap baru kenal tak berapa kenal dalam sebulan dua dah mula berkata I RASA I DAH BETUL-BETUL SUKA KAT U, yes, itu gila desperate, gilegeli dan OBSES tahap membencikan. Ada satu ketika (time single but not available), asyik dipaksa untuk terima sebagai special partner dan tentulah jawapan aku, HELL NO! Sorry kalau terDIVA. Tapi takkan nak paksa pulak kan? Terbaru, insiden terserempak dengan Kes Obses Masa Lampau di Plaza Tol lima posen menghala ke Cheras memang buat aku rasa sedikit cemas.
Memang ramai yang tak tahu aku sudah berpindah rumah sewa. Tak perlu dimention, lagipun takde siapa ingin tahu dan tak ramai yang membaca sebab blog ini BUKAN UNTUK FAMOUS, heeee…~ Jadi, masa aku balik dari Sunway menuju ke Cheras, sampai je plaza tol lima posen, terperasan satu kereta yang tiba-tiba buat aku rasa macam familiar. Of course la nombor platnya buat aku rasa begitu. Tapi, tak pulak aku terlintas untuk intai siapa pemandunya. Selepas je tol, tiba-tiba kereta tu terus follow dari belakang, high-beamed tak tahu berapa kali.. Swear masa tu aku teringat filem URBAN LEGEND lakonan si jambu Jared Leto. Apelagi, terus tukar dari D ke gear 3 dan hilangkan dari pandangan si saiko. Syukur dapat loloskan diri dan kereta aku tu. DRAMA habis! Selang beberapa hari, aku double-confirmed dari sumber yang boleh dipercayai, sah itu kereta si lelaki obses masa lampau.
Disebabkan itu, aku rasa lebih afdal menggariskan cara-cara aku pernah aplikasikan dalam menyahtoksin kes-kes obses ni.

* Jangan selalu reply SMS atau pick up panggilan telefon
* Kalau dia kata I LOVE U, hanya jawab HEHEHE..dan terus kata BYE.
* Kalau dia kata nak belanja makan, ON je. Tapi AWAS, jangan layan over ok.
* Jangan asyik kata YES atau OK bila diajak keluar.
* Jangan sesekali reveal tingkat berapa rumah korang dan kat mana office.
* Jangan jadi CEWEK MATERI. Pride beybeh!
* Mula mention nama-nama lelaki lain walaupun kadang-kadang nama tu tak wujud pun orangnye.
* Kejam sikit, cari apa je yang tak kena dan start carik hal. Bikin panas sket.
* Kejam lagi sikit, belanjakan voucer Jusco (atau apa saja) yang dia bagi untuk orang lain. (memang aku buat ok)
* Kalau tak reti-reti jugak, terus terang je katakan TAK SUKA, TAK NAK, BUZZ OFF! dan aku pernah cakap I SUKE ORANG LAIN!I TAK PERNAH SUKA U! titik!
* Pindah rumah sewa, tukar nombor telefon, remove dari FB.

Susah nak handle kes macam ni, sebab selalunya memang susah nak paham, buat-buat tak paham, ataupun memang tak paham bahasa. Nasib baik lah sekarang ni dah ada Encik Boifren. Terlepas dari kes-kes meluat. Dan sejak dah berstatus In a Relationship di Facebook, aku mula perasan makin ramai lelaki dalam friendlist dah diamkan diri. MOTIF? Ingin diremove la tu.

Lagu bikin gila



SHALILY AZAD : Ku tak bisa...walaupun hanya Tg Malim..

Demam World Cup 2010


Ingat Akademi Fantasia je ada DEMAM? World Cup nye demam lagi menggile. Hari ni office aku ada buat internal competition dan semua staff disarankan untuk pakai Jersey Team World Cup yang diorang sokong. Disebabkan aku MC semalam, so hari ni aku ketinggalan la pulak. Ada ke World Cup team MNG?hahahaha.. Memang semangat bebudak ni. England, Italia, Brazil, Japan, New Zealand, Australia pun ada ok! Aku - walaupun pakai team MNG, hati tetap THE ORANJE.. Yeappa!!!!!!!
Maaf bicara, aku tak pernah menyukai Brazil dan England. Ramai yang poser (perempuan selalunya) akan support dua team ni. Bila GM turun dan suruh buat karangan pendek "WHY I SUPPORT THIS TEAM?" - ha, HAMEK HOBAT! Nak tulis apa? Suka England sebab Beckham, weh wake up la weh! Pastu mintak pandangan aku kan...Aku pun bukan la kipas susah mati World Cup, tapi boleh la sikit sikit kalau nak bawak berborak tu.. Atas dasar kesedaran dan keinsafan (ayat time aku debate kat sekolah dulu), aku pun bagi la sikit isi-isi yang kurang penting. "Ko tulis lah Rooney ke, John Terry ke, Gerrard ke" (aku bagi contoh-contoh star sahaja sebab kufikirkan senang la untuk minah ni nak tulis. Nah kau, sekali dia tulis RONNIE, ngan JER...(tak sempat dia habiskan aku suruh dia eja balik semula GERRARD).. Itu hakikat. Tak cukup dengan Polo shirt Englandnye, kuku jari pun disapu cat putih merah dan beg juga bertulis ENGLAND. Wow gitu!
Tapi, macamanapun, aku tetap katakan Bravo untuk si budak ni..Dia ada semangat! Aku suka semangat dia. Menonjol. Aku? Tetap team MNG.Ngehngehngeh~

WAKA WAKA!!!!! THE ORANJE~

Wednesday, June 09, 2010

Banjir di Kuala Lumpur

Pembangunan kat Kuala Lumpur semakin maju. Aku bangga.
Hujan lebat betul kat Kuala Lumpur ketika ini. Banyak tempat banjir..Aku bangga!
Bila hujan lebat di Kuala Lumpur, jalan jem. Lagi aku bangga.
Ucapan terima kasih pembangunan Kuala Lumpur. I'M PROUD!!

Tuesday, June 08, 2010

Akak cleaner da start vacuum. Percayalah, bunyinye macam hon kapal. HINGAQ!!!
Adakah Lagenda Budak Setan satu lagi filem GAGAL? Cinta khayalan yang memualkan.

Akademi Fantasia?

Akademi Fantasia yang setiap tahun ade keluar kat Astro Ch104 tu da sampai musim ke-8 rupanye. Maaf cakap la ye, aku baru tahu AF da musim ke-8, kelak musim ke-9 dan seterusnya, sampailah satu masa mereka akan sedar kemana sebenarnye arah tuju AF ni.
(Kepada peminat fanatik AF, sorry ok). Setelah menggoogle, dapat jugak senarai juara-juara AF dari musim 1 sampai la yang terkini. Dimulakan dengan Vince (pelakon filem BOX OFFICE Yusof Haslam), Zahid (Pengusaha Restoran bersama gefrennya), Mawi (Nama isteri jadik pilihan jenama tudung), Faizal (Juara paling kesian sepanjang musim), Mila (pelakon drama kat Astro, sorry aku lupa tajuk dia sebab tak pernah teringin nak tonton), Stacy (yang aku boleh katakan berbakat tapi lagu-lagunye semua, gagal), Hafiz (aku tak pernah tengok muka mamat ni) dan terkini Shahir (housemate aku kate dia low-profile, yeke?)
Jadi, ape sebenarnye tujuan utama diwujudkan AF?
Untuk melahirkan bintang? Untuk melahirkan anak seni (rasanye taklah berseni manapun)atau untuk hiburan kosong semata-mata? Yang aku nampak hanyalah, keuntungan tahap berapa kali lipat ganda untuk syarikat telekomunikasi dan stesen yang terlibat sebab ramai gile terkena sistem SMS yang menipu, makcik makcik senja terkinja-kinja dan VERANGAN peserta pilihan jadik menantu diorang dan ahli keluarga dan penonton yang menangis beria tak tertahan tahan airmata bila peserta pilihan diorang kena singkir. Pada pandangan aku, simpan je la duit dan airmata untuk enda yang lebih bermanfaat. Ada apa dengan AF? Mak aku pernah menangis sebab aku dapat masuk universiti, kire orait la tu kan? Kalau aku masuk AF, mak aku da sound awal-awal, dia tunggu depan rumah dengan batang penyapu. Nasib baik dan bersyukur tak terhingga sebab mak aku tak pulak minat rancangan-rancangan macam ni.



nota kaki : aku teringin compact powder yang mamat ni pakai

Pertunangan Housemate yang dah berlangsung bulan Mac 2010

Bulan Mac, ye aku tau Mac 2010 sudah 3 bulan meninggalkan kite. Tapi entri kali ni khas untuk housemate aku Cik Irina Yazmin (bakal menjadi Puan)yang sudah menjadi tunangan Faizul Azry pada Sabtu, 27 Mac 2010 berlangsung di Bukit Mertajam, Penang Mai... Sebab sebelum ni aku blajaq pun kat Penang, jadi memang eksaited habeh nak pi sana tu cheq oiii... Beriringan dengan Nonet, Nenah dan Encik Boifren, kitorang pergi la ke Penang, kasik support dan ucapkan tahniah sambil berkongsi kegembiraan. Memang cantik! Bermula dari hiasan interior, hantaran-hantaran, busana dan make-up, boleh dikatakan semuanye dah dirancang dengan teratur.. Thumbs UP! Temanya putih dan pink.Sesuai la dengan jiwa housemate aku tu memang lemah gemalai lembutnya. Makanan pun sedap, tak rugi datang dari KL. Keseluruhan, majlis pertunangan Irina ngan Azry memang boleh dikatakan perfect dan of course, meriah cam kenduri kawen ok. Insyaallah bulan Mac tahun depan berkonvoi lagi ke sana..hehehehe..CONGRATS TO BOTH OF U!~ (Irina, cincin hang cantik, I loike..)Dan seperti biase aktiviti sampingan pasti wujud bila da berada kat Penang. Cuma masa terlalu suntuk, maklumlah check-in nye kat Seberang, nak merambu nye kat Pulau..Memang masa terlalu terhad.






Monday, June 07, 2010

Entri feeling peribadi, harap maklum =)

Diharapkan entri ni tak menyebabkan orang lain sakit hati mahupun muntah darah. Pengakuan exclusive, aku memang jiwang pada hakikatnye. Tapi, tak pulak aku layan lagu-lagu jiwang seperti album Tangkap Cintan, mahupun Rock Ringan-ringan. Sekian, terima kasih.

Walaupun sekarang ni da pukul 9:14pm (waktu kawasan Bandar Mahkota Cheras), tapi masih lagi 7 haribulan Jun kan... So, rasanye masih belum lewat untuk aku ucapkan Selamat 7 haribulan kat lelaki yang paling berjaya mencuri hati aku. Genap 6....bulan, bukan tahun.. Tapi, rase macam da lame bebenor kite kenal ye. Mungkin sebab kisah kitorang ni macam filem Turn Left, Turn Right tu. Cuma tak pernah kenal je time tu.
Secara peribadinye, memang aku nak ucapkan tahniah kat diri kitorang berdua sebab da berjaya sampai ke bulan yang keenam dengan penuh semangat kasih sayang (echewahhh). Dan penuh kesyukuran, harapan yang menggunung tinggi seperti Gunung Korbu agar relationship ni bakal dihalalkan dengan ijab dan kabul, amin... (kontroversi kan statement...)
Hakikatnye, aku memang selalu merasakan, manusia yang paling beruntung itu ialah aku, sebab ditemukan dengan seorang lelaki yang paling baik sedunia yang boleh bertahan dengan perangai aku (setakat ini, hehe..)Memang feelings tu sangat berlainan, bile dikenangkan balik macamane perjalanan relationship aku dengan dia, berjuta juta terima kasih pada Facebook dan Yahoo!messenger sebab dua menda alah ni la yang jadik matchmaker kitorang.
Sampai ke saat ini aku masih sukar nak percaya yang kitorang ni dah berstatus in a relationship. Kalau berstatus engaged ataupun married, lagi aku sukar nak percaya. Bukannye ape, memang tak pernah terlintas untuk pergi lebih dari seorang kawan biase.Itulah namanye TAKDIR~ (sambil dalam hati nyanyi lagu Takdir Penentu Segala, Jamal Abdillah).

To Encik boifren, thanks for everything.. Thanks kerana menjadi guidance, menjadi seorang lelaki yang paling penyayang, penyabar, matang, sentiasa menghiburkan dan terpenting, menjadikan aku perempuan yang paling bertuah. Sentiasa doakan yang terbaik untuk masa depan yang lebih indah dan diberkati, Amin... I sayang You~


nota kaki: gambar ini tiada kene mengene. Sekadar hiasan semate-mate. Lokasi: ZOO NEGARA, ULU KELANG

Sunday, June 06, 2010

Untuk musim World Cup ni, aku memang feeling Holland. Go Orange!!

p/s: Aku bukan peminat Zahid AF2 yang selalu kate dia suke kaler oren ok

hujung minggu musim kenduri kahwin






Hujung minggu memang penuh dengan perkahwinan. Aku rase orang nak kawen ni memang da takde musim. Tiap minggu ade je jemputan. Bila ade kenduri kawen je, tengahari membawak ke petang tu mesti panas terik.. (selalunye la).. Mak aku cakap tengahari tak hujan sebab orang yang buat kenduri tu da ready awal-awal halang hujan tu dari turun. Errr... yeke? Tapi bile fikir balik, ade jugak logiknye (walaupun agak sukar nak terima pakai).
Bile aku pegi kenduri kawen je, memang da jangka, memang da rase nak bawak "tape recorder" (istilah opah aku) tiap kali soalan yang sama ditanya kat aku. Antara soalan-soalan lazim berbunyi seperti berikut :

1. BILE NAK KAWEN?
2. BILE LAGI?
3. BILE NAK LANGSUNG?
4. SAMPAI BILE NAK TUNGGU?

Dan jawapan untuk kesemua soalan tu aku akan tepis dengan sopan (gile ayat artis) seperti NO COMMENT...BELUM SAMPAI MASA atau TUNGGU JE LA NANTI.KALAU ADE SAYA TAKKAN SOROK, SAYA AKAN JEMPUT SEMUA.. (Sorry Siti Nurhaliza, ciplak jawapan hang). Hakikatnye, aku bukan artis, aku bukan siape-siape tapi Walimatul Urus aku tu sentiasa dinanti oleh golongan makcik-makcik, sepupu-sepupu dan suami isteri mereka, tak termasuk kawan-kawan aku, kawan-kawan mak aku, kawan-kawan boipren aku dan bebudak opis aku skali. Dari diorang tanye non-stop, kalau diorang tubuhkan satu dana untuk kumpul duit derma kat aku lagi bagus, leh aku kawen cepat sket kan? (hehe, aku senyum sensorang, tandanye aku da naik syok la tu). Bagaimanapun, hujung minggu ni memang aku makan free. Sabtu ada wedding sepupu aku nye adik ipar belah laki dia kat Seremban, then Ahad yakni hari ni, ada wedding kawan sekolah aku time kat MGSKL dulu.Ucapan tahniah dan terima kasih sebab belanje aku makan nasik minyak.

Antara cerita lain, aku da gagal secara hatrick dalam exam Pegawai Tadbir Diplomatik N41. Tahniah diucapkan.

Friday, June 04, 2010

Aney hensem ni bergelar... BOIFREN

gile bosan ini malam

Malam ni tak tau ape nak buat. So, aku buat-buat BZ sudey... Dok menaip menda ni kat Kopi Putih Kota Lama (Old Town White Coffee) yang dekat dengan area umah sewa lame ni, terase pelik la. Sebab selalunye time-time camni aku dok sebok meraban, henggg sane, henggg sini.. Malam ni, amek obat! Tetibe lalu 3 orang bebudak yang baru nak naik, berjantina lelaki, yang sorang tu rambut kaler cam skunk. Kalau tatau skunk tu minatang hape, sila rujuk gambar di bawah. Dia ingat dia STYLE wat camtu? Aku lagi tanak rambut beruban, dia saje saje pegi ubankan rambut dia. Meluat ok!
Sebebenornye, aku bukan reti nak berblog blog ni. Tapi disebabkan kebosananlah sesangat, aku gagahkan jugak Jebat!
Ni nak masuk bab peribadi sket - aku rindu boifren aku (sorry kalau meluat). Feeling tak terkawal. Ini hari dia da start dok kat Tanjung Malim.. (sekampung la kitorang)Sebab dia da kene transfer keje kat sane. MATI AKU MATI. Untuk Encik Boifren kalau bace ini, sila senyum tersipu-sipu.. pengakuan exclusive, I sayang U ok! (Sambil menjeling ke arah pekerja Old Town warganegara Nepal/Kemboja/Thailand aku pun tatau, yang sebok nak bace ape aku taip padahal tak tahu dia paham ke tak).





nota kaki : skunk yang lebih hensem dari budak yang lalu tadi