Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 28, 2010

BALI 'HIGH'

Oh Bali,
Kenapa susah sangat nak reach engkau? Tiket dah ada, tapi ada pulak yang kecewa terasa hati tak tentu keharamjadahnye.
ADA AKU AMEK PORT? Lantakkan. Malas nak layan ok.
Yang penting aku nak pegi Bali dengan hati yang girang riang ria, kau nak EMO, pegi EMO sensorang. Ini bukan trip Alam Ria Cuti Sekolah, kitorang bukan budak-budak sekolah rendah. Takde kau lagi bagus. Dialu-alukan tak payah pegi. MEMANG MELUAT! Dah tua nak merajuk tak tentu pasal, tak payah pegi Bali. Pegi BALIK! February adalah bulan BALI, jangan nak rosakkan mood aku. IRON MAIDEN dan BALI seiring, kau takde dalam senarai, so BACK OFF!!!

Wednesday, October 27, 2010

perkembangan yang perlu dikuncupkan

Seminggu lebih work-out melawan batasan malas aku. SUMPAH suffer! Tiada nasik, tiada ais (air sejuk maksud aku, bukan ICE yang ICE ICE BABY), tiada bahan bahan bergoreng menggunakan minyak murahan sebab banyak kolestrol, sit up menyeksa perot, lompat dalam bilik sebanyak 100x dan jogging sampai lemah kepala lutut, demm!!!! baru turun 2KG ok!
Syaiton ko lemak! Kalau nak naik senang gile, kalau nak buang ko, payah bebenor nak nyahkan dari badan ni. GILE JAHAT! So, adakah perlu give up atau teruskan perjuangan yang masih belum selesai?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TERUSKAN USAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

notakaki : kekurusan kau memang aku terjealous

Wednesday, October 20, 2010

Malam satu suro

Suatu malam, bertarikh 19 Oktober 2010, aku tengah on the phone dengan encik boifren kat dalam bilik aku yang boleh dipanggil stor simpanan baju. Time tu aku memang yakin betul dengan pilihan aku, iaitu aku berseorangan kat rumah.Sebab aku memang selalu balik kerja paling awal. Sampai ke malam aku yakin sangat-sangat aku berseorangan.
Selepas berjaya melompat tali skipping tanpa tali skipping, maksudnya aku bayangkan ade tali skipping dan aku lompat sebanyak 100 kali, aku pun borak ngan encik boifren kat tepon. Punya syok borak, pumpang pumpang, gelak tawa riang ria, sekali aku terdengar, pintu toilet kat bilik aku ni ditekan kunci tombolnya, tanda ada orang sedang berada dalam toilet. Pengetahuan tambahan, toilet bilik aku attached dengan bilik sebelah. Aku budget cool, teruskan perbualan. Lepas je habis borak, seram sejuk tetiba.....je datang. Selalunya kalau housemate aku balik, of coz la aku dengar dia bukak grill ngan pintu. Aku cuba lelapkan mata aku jugak, dalam ketakutan suam suam kuku, sebab melihat pada time da pukul 11 lebih.., aku ni masuk keja pukul 6.30 pagi. Lambat tido, memang selamat la.
Alih alih, kol 8 malam tadi aku keluar ngan housemate sebelah bilik, aku cerita dengan semangat, at last dia jawab, AKULAH TU. AKU DA BALIK LAMA DAH...HANG TIDOQ PETANG TU!

WATDEHEL?

AZAM 2010 nak masuk 2011

WORK OUT! WORK OUT! dah lama tertangguh AZAM aku. Perlu work out untuk kelihatan seperti ROZITA CHE WAN.huhuhu. Dengan ini, aku mengdeclairekan sendiri, aku perlu kurus. No matter how many people say, "PLUM IS YUM YUM" but still kurus itu adalah kebahagiaan majority perempuan. Secara rasmi aku declaire WAR terhadap segala yang menggemukkan! (time aku taip ni pun perut aku dok bunyik mintak makan, demmit!)