Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Anniversary terlambat celebrate

Happy 1st year anniversary untuk kite berdua (cewahhh). More to come and let's work on it, together yah!





notakaki : Bumbu Bali, Puchong

20 February 2011

Advance 2 bulannye entry, boleh?Hehehehe...
First of all, walau takde kena mengena ngan tarikh 20 Feb 11 ni, aku nak ucap Tahniah kat team Bola Sepak Malaysia, walaupun malam tadi agak bertemakan bola sepak pantai cara derang bermain, umpama INA vs Si Keeper Malaysia je - yang tiba-tiba jadik Hotstuff (sorry Fahrin, saham jatuh sikit). Pun gitu, Malaysia tetap menang bergaya dan berKAYA.
OK, back to main topic. Tak tahu sama ada tak sabar atau berdebar debar jantung berdegup laju gile untuk sampai ke tarikh ni. Chup! bukan tarikh nak kawen. Tapi tarikh nak menyaksikan KONSER IRON MAIDEN di Bali. Auwwwwww!!!! Kecur air liur aku. Ini peluang seumur hidup selain dari impian menyaksikan Radiohead dan Coldplay mahupun The Killers yang sudah berpecah. Kebetulan tarikh tu memang aku ade kat Bali. Nasib baik harga jauh murah dari Singapore, kalau tak, mau aku ngan Encik Boifren redah je pergi kat garuda Wisnu Kencana tu, "dapat dengar sound dia pun jadiklah" - katenye Encik Boifren.
Apepun, harap harap semuanye berjalan seperti yang diharapkan. Dan sangat berharap ade Official Merchandise Iron Maiden yang boleh aku sebat dalam 1-2 untuk buat kenangan selain dari Tiket Konser yang akan aku frame wat kenangan. GILE OVER KAN?

UP THE IRONS!

Monday, December 13, 2010

WISHLIST

Permintaan untuk hujung tahun 2010 yang aku harapkan jadik kenyataan:

JOHNNY DEPP, tolong jadik supir aku, boleh?

Thursday, December 09, 2010

Hujan (bukan artis 'Indie' katenye)

MUSIM HUJAN lebat siang malam, pagi petang. Semua orang tau. Banjir di Kuala Lumpur pun rasanye, hampir semua orang KL tau. Tak payah pegi Pantai Timur untuk menikmati musim banjir, sekarang KL pun ada musim banjir OK.. Jadi, orang 'Key Ell' tak payah la nak eksyen bandar sangat, same je situationnye. Merasa la korang banjir.
Musim hujan memang sinonim dengan musim demam (selain dari musim mengawan bak kate Encik Boifren yang sedikit pervy), dan akulah salah sorang mangsa demam dah seminggu lebih, ON dan OFF mode.
Memula terdemam, memang tak tau pun. Rasa seram sejuk malas nak mandi pagi tu memang la ada.., tapi tak tau la pulak timetu memang da demam. Bila dah ramai bebenor yang kelihatan tak sehat kat office, aku pun mula sedar yang 'MUNGKIN INI DEMAM'. Bila demam, inilah masa untuk MC, yeahoooo!!!! Jadi, minggu lepas saje, 2 hari aku MC. Tapi demam tak kebah-kebah jugak.. Doktor kat Klinik Mediviron tu kata kalau tak OK jugak, datang balik, untuk check denggi. Kenapa tak buat skaligus je time tu? Tapi, aku memang more than sure yang ini bukan denggi, walaupun aku tak pernah diserang wabak nyamuk tu. Harap-harap takkan kena.
Melangkah je Jumaat, mula rase kemahen lagi peningnye, loya bagai. Seksa gile rase duduk kat office mengadap PC bila dalam situation 'morning sickness'. Atas arahan MEM BESAR supaya pergi Klinik Kerajaan (Klinik Kesihatan Putrajaya) sebab aku ni takkan lut dengan ubat klinik swasta (SO GOMEN-MINDED) katenye, aku pun terus shoot ke Putrajaya dari Jalan P Ramlee. Perjalanan yang sumpah menyeksakan, dalam keadaan nausea.
Selamat sampai ke Putrajaya, memang layanan staf lelaki kat pesakit perempuan sedikit comel macam aku ni agak istimewa. Tak payah amek nombor terus dirawat. Terima kaseh daun keladi. Kena amek darah bagai, dan takde denggi (kan da kate takde). Pung pang pung pang memang susah sikit nak faham ape yang Medical Officer tu cakap sebab dia pakai mask H1N1, pastu muka mengadap PC. Ko cakap ngan PC ke ngan aku, hello!!! Check blood pressure, barulah tau kenape aku mengalami sickness kalah orang pregnant 2 bulan gayanye. Rerupanya, blood pressure aku menurun sikit. Hipotensi la kirenye tu.. 94 over 73. Kali kedua aku kena low-blood pressure.
Agak pelik, aku ni selalu diklasifikasikan PANAS BARAN, KUAT MARAH, KUAT MENCARUT dan KUAT MEMAKI HAMUN, patutnya darah naik la kan? (yeke)
Tapi kenapa jadik darah rendah lak..

OLEH YANG DEMIKIAN, AKTIVITI MENURUNKAN BERAT BADAN AKU TERGENDALA SEBAB PERLU MAKAN VITAMIN C. VITAMIN C BUAT AKU SENTIASA LAPAR DAN TAK TERKAWAL SIKIT PEMAKANAN AKU, GODDEMMIT!!! INI BUKAN ALASAN, INI BETUL-BETUL!!

Tuesday, December 07, 2010

7 DISEMBER 2010

KITE dah berusia SETAHUN.. Thanks untuk semuanya..
Oh, eksaited nak jumpa you.. =)

Monday, December 06, 2010



DATOK DOKTER ROZMEY, get a life!

Friday, December 03, 2010

ASS-THROW

2 December 2010

OK, skip part kena dengar mesin bercakap selama beberapa minit untuk tekan 1, tekan 6, tekan 4, tekan-tekan tak dapat...

Astro Cus.Service : Hai, Astro boleh saya bantu? (ko takde name ke syiton?)
Aku : Yap, saye call sebab nak sambung lik connection Astro ni. Saye da
buat pembayaran RM160 around doblas suku tadi kat Petronas Bandar
Mahkota Cheras, and yet skarang da kol 6petang still tak dapat.
Astro Cus.Service : Boleh saya dapatkan nombor akaun cik?
Aku : (aku pun bagila nombor akaun kan...)
Astro Cus.Service : OK, sila tunggu sebentar sama semak akaun cik.. (5secs) OK, Cik
Nurfazira Aziz ye? (sebenarnya Norfazilah OK, moron).
Aku : Ye saya (walaupun bukan aku)
Astro Cus.Service : OK, tunngu sebentar saya check. (15 secs) Terima kasih kerana
menunggu Cik Norfazira (duhhh). Payment tu tak masuk lagi. Dan
mungkin mengambil masa selama 3 jam untuk activate semula.
Aku : 3 jam? Saya baya pukul doblas suku, skarang da pukul 6, da lebih
dari 3 jam rasenye. Tolonglah, malam ni saya nak tengok Amazing
Race. Ni pun da terlepas Spongebob.
Astro Cus.Service : Oh, sebenarnya kami menggunakan sistem baru. Cik kena tunggu
dalam 3 jam ke 5 hari bekerja untuk dia activate semula.
Aku : Er...tapi sebelum ni 10 minit tak sampai kot. Ape relevannya
sistem baru kalau lebih menyusahkan. Bukan leh dapat tengokpun
kalau hujan. Upgrade ape mendanye?
Astro Cus.Service : Tapi sekarang memang macam tu. Cik kena tunggu maximum 5 hari. OK
Cik Norfazira, ada ape-ape lagi boleh saya bantu?
Aku : Awak tak membantu langsung kot... (WATDEFAK!)

Sampai ke laaaaa tak dapat dapat lagi connection. Madefaker!

Thursday, December 02, 2010

entri yang bosan dibaca

Musim hujan tiap hari memang buat aktiviti work-out aku tergendala. (Alasankah?) Tapi, hakikatnya, memang tiap petang hujan okeh! Sejak mengontrol pemakanan secara kurang serius lebih kurang dua bulan lepas, aku telah considered as berjaya (hehe) turun 4KG, eksaited gile tengok mesin penimbang dalam bilik. Misi masih diteruskan, sebab matlamat nak turun sampak 45KG masih jauh dari kenyataan..Haish... ade 6KG lagi untuk di NYAH KAU DARI SINI! Harus usaha dong..
Bila dalam proses kuruskan badan dan mantapkan metabolisme, ramai yang akan fikir aku nak kawen. (KLISE~)... Memang kene kurus ke bila nak kawen? Sebetulnya, tarikh sah ijab dan kabul tu memang da ditetapkan, for time being..Tapi kalau nak kurus sebab nak kawen tu, alamatnye menjelang tarikh tu, aku da transform jadi tosay ar..Gile cekeding! Lame lagi kot nak kawennya. Jadik, aku nak kurus bukan sebab nak kawen. Sebab terlalu ramai cakap aku da gemok. Perghhh benci gile perkataan GEMOK tu. (no offence kepada yang berisi).
And of course, bila hujung tahun, memang susah bebeno la nak realisasikan idea diet maut aku sebab banyak sangat Walimatulurus. Mau tak terjojol bijik mata tengok nasik minyak dengan ayam goreng, rendang daging, dalca bagai. GILE!! Almost tiap minggu ada wedding. Alkisah sekarang orang katering makin pandai masak. Lagi ar aku tak dapat nak menahan nafsu perot aku ni. So, 4KG tu dok tang situ jugaklah dari beberapa minggu lepas. Takde sebarang penurunan setakat ni,demm!!! Untuk sedapkan hati, selalu ingatkan pada diri sendiri ‘BIAR TAK TURUN, JANGAN NAIK’. Ye la tu EQA... Walau bagaimanapun, mesti terus berusaha untuk capai berat yang diingini, bukan berat ideal.
Cerita lain, Encik Boifren bakal bekerja semula kat KL. (LOMPAT BINTANG!!!) Harus eksaited okeh.. I just hate distance relationship. Memang banyak bebeno yang tak lengkap, banyak bebeno yang boleh mengundang kontroversi bila tak dapat konfrontasi. Cepat balik KL tau... Boleh jumpa selalu macam sebelum sebelum ni.. Walaupun KL ngan Behrang tu taklah jauh mana, still, aku tak dapat adapt.
Dan aku sudah TIGA hari demam secara tak berapa nak serius sangat, dan perot meragam selama seminggu lebih. Rimas gile. Pergi Klinik Mediviron depan rumah sewa ni, doktor yang baik hati berkata, maybe sebab akunye diet yang agak melampau. MELAMPAU!!??? Yeke melampau? So aku dinasihatkan untuk tak makan sembarangan, makan yang tak pedas, berminyak, yang dimasak secukupnya. Hehehe, sejak operasi diet ni memang aku banyak makan sayur mentah, sebab banyak makan sandwich je. Macamanepun, ubat tetap makan, diet still diet. Takkan terjejas.. =)

Wednesday, December 01, 2010

counting

Yes, I'm counting..SIX freaking days to go, and we are officially ONE YEAR OLD.
A year full of joy, happiness, hurts, tears, unpredictable and a BIG step turns into reality..
So full of love blossoms, and I've been blessed. Syukur Alhamdulillah.. Let's keep on holding hands, side by side..together for the best in our future..

I JUST LOVE YOU, AZAD. That's all I know~