Akademi Fantasia yang setiap tahun ade keluar kat Astro Ch104 tu da sampai musim ke-8 rupanye. Maaf cakap la ye, aku baru tahu AF da musim ke-8, kelak musim ke-9 dan seterusnya, sampailah satu masa mereka akan sedar kemana sebenarnye arah tuju AF ni.
(Kepada peminat fanatik AF, sorry ok). Setelah menggoogle, dapat jugak senarai juara-juara AF dari musim 1 sampai la yang terkini. Dimulakan dengan Vince (pelakon filem BOX OFFICE Yusof Haslam), Zahid (Pengusaha Restoran bersama gefrennya), Mawi (Nama isteri jadik pilihan jenama tudung), Faizal (Juara paling kesian sepanjang musim), Mila (pelakon drama kat Astro, sorry aku lupa tajuk dia sebab tak pernah teringin nak tonton), Stacy (yang aku boleh katakan berbakat tapi lagu-lagunye semua, gagal), Hafiz (aku tak pernah tengok muka mamat ni) dan terkini Shahir (housemate aku kate dia low-profile, yeke?)
Jadi, ape sebenarnye tujuan utama diwujudkan AF?
Untuk melahirkan bintang? Untuk melahirkan anak seni (rasanye taklah berseni manapun)atau untuk hiburan kosong semata-mata? Yang aku nampak hanyalah, keuntungan tahap berapa kali lipat ganda untuk syarikat telekomunikasi dan stesen yang terlibat sebab ramai gile terkena sistem SMS yang menipu, makcik makcik senja terkinja-kinja dan VERANGAN peserta pilihan jadik menantu diorang dan ahli keluarga dan penonton yang menangis beria tak tertahan tahan airmata bila peserta pilihan diorang kena singkir. Pada pandangan aku, simpan je la duit dan airmata untuk enda yang lebih bermanfaat. Ada apa dengan AF? Mak aku pernah menangis sebab aku dapat masuk universiti, kire orait la tu kan? Kalau aku masuk AF, mak aku da sound awal-awal, dia tunggu depan rumah dengan batang penyapu. Nasib baik dan bersyukur tak terhingga sebab mak aku tak pulak minat rancangan-rancangan macam ni.
nota kaki : aku teringin compact powder yang mamat ni pakai
Tuesday, June 08, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment