Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 08, 2010

Pertunangan Housemate yang dah berlangsung bulan Mac 2010

Bulan Mac, ye aku tau Mac 2010 sudah 3 bulan meninggalkan kite. Tapi entri kali ni khas untuk housemate aku Cik Irina Yazmin (bakal menjadi Puan)yang sudah menjadi tunangan Faizul Azry pada Sabtu, 27 Mac 2010 berlangsung di Bukit Mertajam, Penang Mai... Sebab sebelum ni aku blajaq pun kat Penang, jadi memang eksaited habeh nak pi sana tu cheq oiii... Beriringan dengan Nonet, Nenah dan Encik Boifren, kitorang pergi la ke Penang, kasik support dan ucapkan tahniah sambil berkongsi kegembiraan. Memang cantik! Bermula dari hiasan interior, hantaran-hantaran, busana dan make-up, boleh dikatakan semuanye dah dirancang dengan teratur.. Thumbs UP! Temanya putih dan pink.Sesuai la dengan jiwa housemate aku tu memang lemah gemalai lembutnya. Makanan pun sedap, tak rugi datang dari KL. Keseluruhan, majlis pertunangan Irina ngan Azry memang boleh dikatakan perfect dan of course, meriah cam kenduri kawen ok. Insyaallah bulan Mac tahun depan berkonvoi lagi ke sana..hehehehe..CONGRATS TO BOTH OF U!~ (Irina, cincin hang cantik, I loike..)Dan seperti biase aktiviti sampingan pasti wujud bila da berada kat Penang. Cuma masa terlalu suntuk, maklumlah check-in nye kat Seberang, nak merambu nye kat Pulau..Memang masa terlalu terhad.






No comments: