Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 07, 2010

Entri feeling peribadi, harap maklum =)

Diharapkan entri ni tak menyebabkan orang lain sakit hati mahupun muntah darah. Pengakuan exclusive, aku memang jiwang pada hakikatnye. Tapi, tak pulak aku layan lagu-lagu jiwang seperti album Tangkap Cintan, mahupun Rock Ringan-ringan. Sekian, terima kasih.

Walaupun sekarang ni da pukul 9:14pm (waktu kawasan Bandar Mahkota Cheras), tapi masih lagi 7 haribulan Jun kan... So, rasanye masih belum lewat untuk aku ucapkan Selamat 7 haribulan kat lelaki yang paling berjaya mencuri hati aku. Genap 6....bulan, bukan tahun.. Tapi, rase macam da lame bebenor kite kenal ye. Mungkin sebab kisah kitorang ni macam filem Turn Left, Turn Right tu. Cuma tak pernah kenal je time tu.
Secara peribadinye, memang aku nak ucapkan tahniah kat diri kitorang berdua sebab da berjaya sampai ke bulan yang keenam dengan penuh semangat kasih sayang (echewahhh). Dan penuh kesyukuran, harapan yang menggunung tinggi seperti Gunung Korbu agar relationship ni bakal dihalalkan dengan ijab dan kabul, amin... (kontroversi kan statement...)
Hakikatnye, aku memang selalu merasakan, manusia yang paling beruntung itu ialah aku, sebab ditemukan dengan seorang lelaki yang paling baik sedunia yang boleh bertahan dengan perangai aku (setakat ini, hehe..)Memang feelings tu sangat berlainan, bile dikenangkan balik macamane perjalanan relationship aku dengan dia, berjuta juta terima kasih pada Facebook dan Yahoo!messenger sebab dua menda alah ni la yang jadik matchmaker kitorang.
Sampai ke saat ini aku masih sukar nak percaya yang kitorang ni dah berstatus in a relationship. Kalau berstatus engaged ataupun married, lagi aku sukar nak percaya. Bukannye ape, memang tak pernah terlintas untuk pergi lebih dari seorang kawan biase.Itulah namanye TAKDIR~ (sambil dalam hati nyanyi lagu Takdir Penentu Segala, Jamal Abdillah).

To Encik boifren, thanks for everything.. Thanks kerana menjadi guidance, menjadi seorang lelaki yang paling penyayang, penyabar, matang, sentiasa menghiburkan dan terpenting, menjadikan aku perempuan yang paling bertuah. Sentiasa doakan yang terbaik untuk masa depan yang lebih indah dan diberkati, Amin... I sayang You~


nota kaki: gambar ini tiada kene mengene. Sekadar hiasan semate-mate. Lokasi: ZOO NEGARA, ULU KELANG

2 comments:

Elyn Sani said...

wah tahniah ye!! bila akak nak rase nasik minyak ni??

eqainlalaland said...

tatau lg la kak...kalau ade ura-ura nanti e-qa update.hehehe