Friday, June 11, 2010
Demam World Cup 2010
Ingat Akademi Fantasia je ada DEMAM? World Cup nye demam lagi menggile. Hari ni office aku ada buat internal competition dan semua staff disarankan untuk pakai Jersey Team World Cup yang diorang sokong. Disebabkan aku MC semalam, so hari ni aku ketinggalan la pulak. Ada ke World Cup team MNG?hahahaha.. Memang semangat bebudak ni. England, Italia, Brazil, Japan, New Zealand, Australia pun ada ok! Aku - walaupun pakai team MNG, hati tetap THE ORANJE.. Yeappa!!!!!!!
Maaf bicara, aku tak pernah menyukai Brazil dan England. Ramai yang poser (perempuan selalunya) akan support dua team ni. Bila GM turun dan suruh buat karangan pendek "WHY I SUPPORT THIS TEAM?" - ha, HAMEK HOBAT! Nak tulis apa? Suka England sebab Beckham, weh wake up la weh! Pastu mintak pandangan aku kan...Aku pun bukan la kipas susah mati World Cup, tapi boleh la sikit sikit kalau nak bawak berborak tu.. Atas dasar kesedaran dan keinsafan (ayat time aku debate kat sekolah dulu), aku pun bagi la sikit isi-isi yang kurang penting. "Ko tulis lah Rooney ke, John Terry ke, Gerrard ke" (aku bagi contoh-contoh star sahaja sebab kufikirkan senang la untuk minah ni nak tulis. Nah kau, sekali dia tulis RONNIE, ngan JER...(tak sempat dia habiskan aku suruh dia eja balik semula GERRARD).. Itu hakikat. Tak cukup dengan Polo shirt Englandnye, kuku jari pun disapu cat putih merah dan beg juga bertulis ENGLAND. Wow gitu!
Tapi, macamanapun, aku tetap katakan Bravo untuk si budak ni..Dia ada semangat! Aku suka semangat dia. Menonjol. Aku? Tetap team MNG.Ngehngehngeh~
WAKA WAKA!!!!! THE ORANJE~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment