Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 11, 2010

GILE-GELI dibuatnya

Malam Sabtu yang membosankan aku ni secara tak sengaja buat aku ingat sesuatu yang agak meloyakan secara peribadi. Kes OBSESI yang entah kali keberapa pernah aku terpaksa lalui memang menjengkelkan ok. Bukan bajet best mahupun rasa gorgeous, tapi ini berdasarkan pengalaman kategori PAHIT. Rasanya memang ramai yang pernah atau sedang mengalami isu merimaskan ni. Aku sendiri tak boleh nak terima. Memang mual. Antara suka dan obses memang berbeza, depends kepada individu. Dan bagi aku, kalau dah sampai tahap baru kenal tak berapa kenal dalam sebulan dua dah mula berkata I RASA I DAH BETUL-BETUL SUKA KAT U, yes, itu gila desperate, gilegeli dan OBSES tahap membencikan. Ada satu ketika (time single but not available), asyik dipaksa untuk terima sebagai special partner dan tentulah jawapan aku, HELL NO! Sorry kalau terDIVA. Tapi takkan nak paksa pulak kan? Terbaru, insiden terserempak dengan Kes Obses Masa Lampau di Plaza Tol lima posen menghala ke Cheras memang buat aku rasa sedikit cemas.
Memang ramai yang tak tahu aku sudah berpindah rumah sewa. Tak perlu dimention, lagipun takde siapa ingin tahu dan tak ramai yang membaca sebab blog ini BUKAN UNTUK FAMOUS, heeee…~ Jadi, masa aku balik dari Sunway menuju ke Cheras, sampai je plaza tol lima posen, terperasan satu kereta yang tiba-tiba buat aku rasa macam familiar. Of course la nombor platnya buat aku rasa begitu. Tapi, tak pulak aku terlintas untuk intai siapa pemandunya. Selepas je tol, tiba-tiba kereta tu terus follow dari belakang, high-beamed tak tahu berapa kali.. Swear masa tu aku teringat filem URBAN LEGEND lakonan si jambu Jared Leto. Apelagi, terus tukar dari D ke gear 3 dan hilangkan dari pandangan si saiko. Syukur dapat loloskan diri dan kereta aku tu. DRAMA habis! Selang beberapa hari, aku double-confirmed dari sumber yang boleh dipercayai, sah itu kereta si lelaki obses masa lampau.
Disebabkan itu, aku rasa lebih afdal menggariskan cara-cara aku pernah aplikasikan dalam menyahtoksin kes-kes obses ni.

* Jangan selalu reply SMS atau pick up panggilan telefon
* Kalau dia kata I LOVE U, hanya jawab HEHEHE..dan terus kata BYE.
* Kalau dia kata nak belanja makan, ON je. Tapi AWAS, jangan layan over ok.
* Jangan asyik kata YES atau OK bila diajak keluar.
* Jangan sesekali reveal tingkat berapa rumah korang dan kat mana office.
* Jangan jadi CEWEK MATERI. Pride beybeh!
* Mula mention nama-nama lelaki lain walaupun kadang-kadang nama tu tak wujud pun orangnye.
* Kejam sikit, cari apa je yang tak kena dan start carik hal. Bikin panas sket.
* Kejam lagi sikit, belanjakan voucer Jusco (atau apa saja) yang dia bagi untuk orang lain. (memang aku buat ok)
* Kalau tak reti-reti jugak, terus terang je katakan TAK SUKA, TAK NAK, BUZZ OFF! dan aku pernah cakap I SUKE ORANG LAIN!I TAK PERNAH SUKA U! titik!
* Pindah rumah sewa, tukar nombor telefon, remove dari FB.

Susah nak handle kes macam ni, sebab selalunya memang susah nak paham, buat-buat tak paham, ataupun memang tak paham bahasa. Nasib baik lah sekarang ni dah ada Encik Boifren. Terlepas dari kes-kes meluat. Dan sejak dah berstatus In a Relationship di Facebook, aku mula perasan makin ramai lelaki dalam friendlist dah diamkan diri. MOTIF? Ingin diremove la tu.

No comments: