Yap, aku tau Demam FIFA World Cup 2010 sedang menggelegak. (YAY! HOLLAND MENANG SEMALAM...) Tapi demam aku ni lagi tunggu masa mau meletus. Da berapa minggu asyik tak sihat (kadang-kadang aku jugak buat-buat tak sihat, hehe). Baru je tiga minggu lepas pergi Klinik Kesihatan Putrajaya yang hanya berkos RM1 sebab demam seminggu. Aku kena pakai mask la pulak kan, terima kasih akak Hospital Assistant yang bagi mask dan aku dapat duduk dengan selesa sebab kiri kanan orang takut-takut nak rapat. Hey, tipical government-minded! Putrajaya, perlu dijelaskan? Disuspek denggi dan kena satu jarum untuk amek darah. Nak amek darah pun almost 2 jam, HELLO!!! Terpaksa berada dalam kelompok 'IN THE BOX' menunggu giliran. Maksud aku disini, 'IN THE BOX' yang akan terlambat perasan nombor diorang sudah dipanggil masuk (melambatkan orang lain), yang akan sibuk tunjuk HP ada wi-fi (ye, klinik kesihatan itu ada free wi-fi tahap no connection), dan paling gagal ialah - RINGTONE LAGU WALIBAND! Sila klik di SINI untuk tahu lagu apa kalau kurang tahu. Nasib takde H1N1 ke, denggi ke, maknanya demam biasa-biasa je la tu. Tup-tup minggu ni demam balik. Satu perkataan saja yang dapat describe, RIMAS! Kali ni kombo dengan selemo ngan batuk. Watdefak! Dan selalunya MC yang dapat dari klinik government ni memang la tersangat laku di pejabat-pejabat anda. Sebab nak dapatkan MC dari klinik government memang susah, unless kalau korang memang beria sakit.
Tapi kali ni aku tak nak MC.. Aku mula rasa ade pihak yang pk aku sengaja MC, beli MC mahupun malas nak datang keje dan MC. Dalam keterpaksaan kena jugak pergi office, buat-buat penting. Kat office nyatanya bukan aku sorang je yang tak sihat, ade lagi 3-4 orang. Marilah kita menjangkitkan virus sesama sendiri. Macamane nak sihat kalau ada je penyambung warisan? Kalau aku MC nanti kata aku beli MC lak. Ingat gaji aku tu untuk beli MC? Aircond yang sejuk kat office ni pun dah buat aku fikir, PERLU BELI WINTER JACKET!
Tuesday, June 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment